Dalam meniti liku-liku kehidupan sudah pasti duri dan ranjau menjadi asam garam penyedap jalan cerita. Sebagai hamba Allah yang lemah dan kerdil sudah pasti setiap ujian yang dititipkan itu untuk menguji keimanan dan ketaqwaan.
Justeru itu, kesabaran amat penting. Sememangnya setiap yang berlaku dalam kehidupan itu tiada satupun yang silap kerana semuanya adalah aturan Allah belaka semata-mata untuk mengajar kita erti sabar.
Sebagai manusia biasa kita pasti akan melalui episod suka, dan duka yang silih berganti. Setelah melalui segala kemelut, kesakitan, dan juga air mata atas setiap titipan ujian dari Allah sudah pasti akan menjadikan seseorang itu lebih matang, lebih dewasa dan lebih kuat.
Seperti kata Mira Filzah dalam "Adelea Sofea"...after all the struggles, pain, tears and go through everything, all the experiences make her more mature, fully grown and more more stronger.
Justeru itu....ingatlah Pesanan di bawah...

14/1/20
cikgutie.blogspot.com