Sunday, 12 January 2020

TRAVEL IS A GIFT YOU GIFT TO YOUR SELF



VIETNAM 2013

PERTH 2018


LANGKAWI 2019
FARM FISH LANGKAWI
KOREA 2017

CAMERON HIGHLAND 2019 WITH MY GEOGRAPHY TEACHER

GKSS
SMKKBh 

LIFE HAS SO MUCH TO OFFER

WITH MY STUDENT IN CLASS

Beginilah kehidupan seorang cikgu. Bagi saya untuk menjadi seorang cikgu atau guru perlu ada ciri-ciri yang menarik agar kemunculan seseorang cikgu itu sentiasa dinanti-nantikan. Cikgu juga umpama seorang artis atau selebriti atau "public figure" untuk anak muridnya. Figura seorang cikgu sentiasa menjadi perhatian murid. Sesekali bila memakai pakaian yang agak berbeza dari biasa pasti akan mendapat teguran dan pujian dari muridnya. Biasanya cikgu perempuan akan diberi perhatian oleh murid lelaki. Mereka selalunya bergurau senda dengan cikgu seolah-olah cikgu adalah BFF mereka. 

Sebagai cikgu imej amat penting kerana cikgu merupakan "role model" kepada anak muridnya. Imej yang perlu ada pada seorang cikgu itu seperti penampilan yang menarik, perlakuan atau tingkah laku yang baik atau positif, komunikasi perlulah berkesan dengan anak murid samada secara verbal atau non verbal dan pada masa kini dunia media berleluasa maka cikgu perlu aktif dalam penulisan di FB, Blog, IG dan sebagainya di samping memuat naik gambar-gambar yang boleh membantu memberi inspirasi kepada anak muridnya.

Dalam soala penjagaan imej, sebagai muslim perlulah seorang cikgu itu mengikut ajaran yang ditinggalkan oleh Rasul Allah SAW kerana Rasulullah SAW adalah guru paling tepat untuk dijadikan "Role Model"kerana akhlaknya yang sempurna dsn tiada tolok bandingnya. Justeru kita sebagai manusia biasa yang sering melakar dosa perlulah menjadikan Rasulullah sebagai panduan dalam kehidupan.

Manakala sebagai seorang cikgu pula, seharusnya kita menjadi contoh atau teladan kepada anak murid kita dari semua aspek terutamanya perlakuan, tutur kata, penampilan, dan cara berpakaian agar cikgu dihormati oleh anak muridnya.

" constantly remind yourself how short and fragile this life is. Take nothing and no one for granted. Appreaciate everything, do your best under any given situation. don't give up and keep going. Most importantly, keep peace in your soul". Mufti Ismail Menk