Tuesday, 14 January 2020

AJAR HATI


Dalam meniti liku-liku kehidupan sudah pasti duri dan  ranjau menjadi asam garam penyedap jalan cerita. Sebagai hamba Allah yang lemah dan kerdil sudah pasti setiap ujian yang dititipkan itu untuk menguji keimanan dan ketaqwaan.

Justeru itu, kesabaran amat penting. Sememangnya setiap yang berlaku dalam kehidupan itu tiada satupun yang silap kerana semuanya adalah aturan Allah belaka semata-mata untuk mengajar kita erti sabar.

Sebagai manusia biasa kita pasti akan melalui episod suka, dan duka yang silih berganti. Setelah melalui segala kemelut, kesakitan, dan juga air mata atas setiap titipan ujian dari Allah sudah pasti akan menjadikan seseorang itu lebih matang, lebih dewasa dan lebih kuat.

Seperti kata Mira Filzah dalam "Adelea Sofea"...after all the struggles, pain, tears and go through everything, all the experiences make her more mature, fully grown  and more more stronger.

Justeru itu....ingatlah Pesanan di bawah...



14/1/20
cikgutie.blogspot.com

Monday, 13 January 2020

KOREA AUGUST 2017








PERTH DESTINASI IMPIAN

 

Banyak cerita-cerita menarik yang saya dengar mengenai Perth dari rakan-rakan yang telah melawatnya.  Menjejakkan kaki ke Perth yang merupakan ibu negeri Australia Barat merupakan impian yang tersimpan di lubuk hati sekian lama. Saya berasa amat syukur kerana Allah SWT member saya peluang untuk menerokainya dan mengenali Perth di bawah Pakej Azam Travel And Services PTY LTD yang berpusat di Perth.
Kembara kami mengambil masa selama 5 hari 4 malam. Banyak tempat menarik yang kami lawati seperti Caversham Wildlife Park yang terletak tidak jauh dari Bandar Perth. Di sini kami berkenalan dengan koala, wombat, dan juga kangaroo. Usai kami di sini, kami ke Margaret River untuk menikmati coklat original yang amat lazat. Destinasi terakhir untuk hari pertama kami ialah Hawi Charcoal Chicken Ribs and Rack. Restoran yang menjadi sebutan setiap pengunjung yang pergi ke Perth. Walaaaaa charcoal chicken dan lamb grillnya memang “awesome” dan kami menikmatinya dengan penuh khusyuk.
Hari kedua kami singgah di Monument War Hill kemudian bertolak ke Fremantle yang jauhnya 72km  dari Perth. Fish and Chip di Kailis Fish and Chip di Fremantle sungguh enak. Selepas menikmati Fish and Chip kami ke E-Shed Market. Pasar E-Shed merupakan tempat beli belah yang terkenal bagi pelancung yang ingin mencari souvenir   untuk di bawa pulang. Harga souvenir di sini lebih murah.berbanding tempat lain. Misi kami seterusnya ialah “ Mandurah Dolphin And Scenic Canal Cruise”.  Usaha kami tidak sia-sia kerana kami dapat melihat sepasang dolphin berenang sepanjang canal. Kegembiraan terpancar diwajah kami dan usai di sini kami singgah bergambar di Kings Park dan Blue Boat House.
Hari ke tiga kami bergerak ke utara Perth iaitu ke Lanceline Sand Dune( Bukit Pasir). Kami berpeluang melihat keajaiban bumi ciptaan Ilahi di mana bukit pasir yang luas terbentang serta menakjubkan. Kami berpeluang meluncur di atas pasir halus menggunakan “sand board” dan ianya merupakan pengalaman yang amat berharga bagi kami.
Keesokan harinya pula kami di bawa ke ladang epal. Pengalaman baru yang menyeronokkan bagi kami kerana dapat memetik epal,merasai keenakan buah epal Perth yang segar dan rangup.Usai di sini, kami meneroka pusat Bandar Perth.  Kami menyusuri Murray Street, Hay Street, London Court, Bell Tower, Elizabeth Quay dan yang terakhir kami ke Waterton Brand Outlet untuk “shopping” sebelum pulang ke Apartment iaitu The Alderney On Hay Apartment.
Sebelum ke lapangan terbang untuk menamatkan percutian kami di Perth. kami singgah bergambar di Malaysia Hall Perth. Kalau ke Perth tidak sah jika tidak singgah di Corica kedai  yang menjual Apple Schurdle dan biskut yang lazat serta enak. Kami mengambil peluang membeli Apple Schurdle  dan biskut untuk di bawa pulang ke bumi Kelantan. Alhamdulillah percutian kami amat menyeronokkan dan Perth melekat dihati kami.
CATATAN KEMBARA
HAYATI HASSAN


PERTH 16-20 MAC 2018