
Banyak
cerita-cerita menarik yang saya dengar mengenai Perth dari rakan-rakan yang
telah melawatnya. Menjejakkan kaki ke
Perth yang merupakan ibu negeri Australia Barat merupakan impian yang tersimpan
di lubuk hati sekian lama. Saya berasa amat syukur kerana Allah SWT member saya
peluang untuk menerokainya dan mengenali Perth di bawah Pakej Azam Travel And
Services PTY LTD yang berpusat di Perth.
Kembara
kami mengambil masa selama 5 hari 4 malam. Banyak tempat menarik yang kami
lawati seperti Caversham Wildlife Park yang terletak tidak jauh dari Bandar
Perth. Di sini kami berkenalan dengan koala, wombat, dan juga kangaroo. Usai
kami di sini, kami ke Margaret River untuk menikmati coklat original yang amat
lazat. Destinasi terakhir untuk hari pertama kami ialah Hawi Charcoal Chicken
Ribs and Rack. Restoran yang menjadi sebutan setiap pengunjung yang pergi ke
Perth. Walaaaaa charcoal chicken dan lamb grillnya memang “awesome” dan kami
menikmatinya dengan penuh khusyuk.
Hari
kedua kami singgah di Monument War Hill kemudian bertolak ke Fremantle yang
jauhnya 72km dari Perth. Fish and Chip
di Kailis Fish and Chip di Fremantle sungguh enak. Selepas menikmati Fish and
Chip kami ke E-Shed Market. Pasar E-Shed merupakan tempat beli belah yang terkenal
bagi pelancung yang ingin mencari souvenir
untuk di bawa pulang. Harga souvenir di sini lebih murah.berbanding
tempat lain. Misi kami seterusnya ialah “ Mandurah Dolphin And Scenic Canal
Cruise”. Usaha kami tidak sia-sia kerana
kami dapat melihat sepasang dolphin berenang sepanjang canal. Kegembiraan
terpancar diwajah kami dan usai di sini kami singgah bergambar di Kings Park
dan Blue Boat House.
Hari
ke tiga kami bergerak ke utara Perth iaitu ke Lanceline Sand Dune( Bukit Pasir).
Kami berpeluang melihat keajaiban bumi ciptaan Ilahi di mana bukit pasir yang
luas terbentang serta menakjubkan. Kami berpeluang meluncur di atas pasir halus
menggunakan “sand board” dan ianya merupakan pengalaman yang amat berharga bagi
kami.
Keesokan
harinya pula kami di bawa ke ladang epal. Pengalaman baru yang menyeronokkan
bagi kami kerana dapat memetik epal,merasai keenakan buah epal Perth yang segar
dan rangup.Usai di sini, kami meneroka pusat Bandar Perth. Kami menyusuri Murray Street, Hay Street, London
Court, Bell Tower, Elizabeth Quay dan yang terakhir kami ke Waterton Brand
Outlet untuk “shopping” sebelum pulang ke Apartment iaitu The Alderney On Hay
Apartment.
Sebelum
ke lapangan terbang untuk menamatkan percutian kami di Perth. kami singgah bergambar
di Malaysia Hall Perth. Kalau ke Perth tidak sah jika tidak singgah di Corica
kedai yang menjual Apple Schurdle dan
biskut yang lazat serta enak. Kami mengambil peluang membeli Apple Schurdle dan biskut untuk di bawa pulang ke bumi
Kelantan. Alhamdulillah percutian kami amat menyeronokkan dan Perth melekat
dihati kami.
CATATAN KEMBARA
HAYATI HASSAN
PERTH 16-20 MAC 2018